Keropok Amplang merupakan snek makanan yang popular di Sabah terutamanya di Tawau Sabah. Siapa sangka selain daripada penduduk di daerah ini yang meminatinya, sebenarnya rakyat di Negara Terbit Matahari terbit itu juga suda mula memberikan sambutan kepada snek makanan tersebut.
Di bawah jenama Peladang, dua produk Borneo iaitu Tebaloi dari Sarawak dan Amplang daripada Sabah, kini mula menembusi pasaran Jepun. kedua-dua produk industri kecil dan sederhana (IKS) berkenaan yang masing-masing diusahakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tawau, Sabah pada awalnya antara produk yang dipromosi di Ekspo Dubai 2020 pada Februari lepas.

Mohammad Fauzie Tamin yang merupakan Pengurus Bahagian Pemasaran dan Promosi, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ketika ditemui berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) membuka ruang untuk produk ini dikembangkan lagi ke pasaran luar negara dengan kerjasama syarikat swasta.
“Inisiatif ini merupakan urus niaga pertama sebagai percubaan pasaran bagi produk amplang ke pasaran Jepun. Percubaan ini diharap dapat membuka peluang pasaran baharu produk-produk lain hasil keluarga Borneo ke Jepun.
“Alhamdulillah kami mendapat sambutan hangat pada World Food and Beverage Tokyo 2022 (FABEX) di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Segala keuntungan disalurkan kepada PPK yang terlibat.
Beliau berkata usaha itu sedikit sebanyak membantu ahli PPK dalam meningkatkan jualan dan pendapatan mereka dan selepas ini, pihaknya akan melihat produk Borneo lain yang turut berpotensi untuk dijual ke negara lain.
Asalnya diterbitkan pada TawauKini